Thursday, October 2, 2008

Sejarah Awal Asia Tenggara

Tentang kerajaan agraria dan maritim

Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.

Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai kerana ia utamanya berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.

Lokasi
Kerajaan Agraria: lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.
Kerajaan Maritim: Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.

Aktiviti masyarakat Agraria:
Mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi, dan keladi.

Aktiviti masyarakat Maritim:
Mereka membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, ganaru, cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan mereka mengamalkan sistem entrepot.

No comments: