Friday, October 3, 2008

Kerajaan Maritim: Srivijaya

kerajaan maritim ialah SriVijaya, Champa, Chih Tu, Kedah Tua dan Majapahit

Srivijaya: Kerajaan Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Filipina.
Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi budaya India, pertama oleh budaya agama Hindu dan kemudiannya diikuti pula oleh agama Buddha. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting agama Buddha Mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.
Ikatan perkawinan merupakan cara melakukan ekspansi dengan damai. Diantaranya, Dapunta Hyang, yang berkuasa sejak 664, melakukan pernikahan dengan putri kedua raja Linggawarman dari Kerajaan Tarumanagara yang bernama Sobakancana, yang menurunkan raja Srivijaya berikutnya: Dharma Setu. Putri Dharma Setu, Dewi Tara kemudian dinikahkan dengan Samaratungga, raja Kerajaan Mataram Kuno dari Dinasti Syailendra, yang membangun candi / kuil Borobudur.
Bala Putra Dewa, anak dari Samaratungga dan Dewi Tara menjadi raja Srivijaya ditahun 833-856. Dengan kata lain raja Sriwijaya memiliki darah Jawa dan Palembang sejak saat itu.
Kerajaan Srivijaya juga membantu menyebarkan kebudayaan Melayu ke seluruh Sumatra, Semenanjung Melayu, dan Borneo Barat.
Kuasa Srivijaya merosot pada kurun ke-11. Pada tahun 1017, 1025, dan 1068, Sriwijaya telah diserbu raja Chola dari kerajaan Colamandala, India yang mengakibatkan hancurnya jalur perdagangan. Pada serangan kedua tahun 1025, raja Sri Sanggramawidjaja Tungadewa ditawan. Pada 1088, kerajaan Melayu Jambi, yang dahulunya berada di bawah naungan Srivijaya menjadikan Srivijaya taklukannya. Kekuatan kerajaan Melayu Jambi beransur hingga 2 abad. Sebenarnya sejak serangan Kerajaan Colamandala dari India, Kerajaan Srivijaya sudah musnah.
Kemudian wilayah Kerajaan Srivijaya mula ditakluki berbagai kerajaan Jawa, pertama oleh kerajaan Singhasari, 1288 dan akhirinya oleh kerajaan Majapahit, 1293.
Pada masa yang sama, agama Islam memasuki Sumatra menerusi Aceh yang telah disebarkan menerusi perhubungan dengan pedagang Arab dan India. Pada tahun 1414, putera terakhir Srivijaya, Parameswara, memeluki agama Islam dan berhijrah ke Tanah Melayu di mana dia telah mengasas Kesultanan Melaka.

Thursday, October 2, 2008

Kerajaan Agraria

Kerajaan Angkor:
Diasaskan pada abad ketujuh Masihi. Kerajaan Angkor menerima pengaruh Hindu-Buddha. Angkor Wat adalah bukti yang tepat. Raja Angkor dianggap sebagai Devaraja yang mempunyai kuasa mutlak. Kerajaan Angkor mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan SuryavarmanII . Raja dibantu oleh kerabatnya dalam menjalankan tugas pentadbiran.Pembinaan baray menjadikan kerajaan Angkor mendapat hasil pertanian yang lumayan. Kawasan pertanian terletak di tasik Tonle Sap. Ia dibina pada abad ke-10 Masihi. Pusat pentadbiran ialah hilir Mekong.

Kerajaan Funan:
Merupakan sebuah Kerajaan Hindu purba pertama di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama masihi. Kerajaan ini digabungkan dengan kerajaan Chenla. Pada abad ke-6, kerajaan Funan telah menghantar ufti ke China. "Funan" dalam transkripsi Cina adalah perkataan "pnom" yang bermaksud "gunung".Funan adalah kerajaan Kemboja silam sebelum zaman-Angkor terletak sekitar delta Mekong, kemungkinannya ditubuhkan oleh penduduk Mon-Khmer yang bertutur bahasa Austro-Asiatic. Tidak banyak yang diketahui mengenai Funan kecuali ia merupakan negara perdagangan yang kuat. Ini terbukti dengan jumpaan barangan yang berasal dari empire Rom, Cina dan India dalam penggalian arkhaeologi di Oc Eo di selatan Vietnam. Ibu negara Funan pada asalnya terletak di Vyadhapura, hampir bandar Phnom Penh moden, walaupun ia mungkin dipindahkan ke Oc Eo pada kemudiannya.Menurut lapuran dari dua wakil Cina, K'ang T'ai dan Chu Ying, negara Funan diasaskan oleh Brahimin India bernama Kaundinya, yang pada abad pertama C.E. mendapat arahan dalam mimpi untuk mengambil mangkuk anjaip dari kuil dan mengalahkan Soma, ratu Khmer. Soma, anak kepada raja Nagas, berkahwin dengan Kaundinya dan keturunan mereka menjadi dinasti raja Funan. The myth mempunyai kelebihan sebagai memberikan pengesahan kepada kedua-dua Brahmin India dan kedewaan ular tedung yang dipuja oleh penduduk Funan pada masa itu.Kerajaan Funan mencapai kemuncaknya di bawah pemerintahan Fan Shih-man pada awal abad ke 3 C.E., menganjur ke selatan sehingga utara Malaysia dan ke barat sehingga ke Burma. Funan menubuhkan sistem perdagangan dan monopoli perniagaan yang kukuh yang akan menjadi corak empire di kawasan ini. Fan Shih-man memperbesarkan angkatan laut dan memperbaiki Funanese bureaucracy, membentuk bentuk separuh-feudal (quasi-feudal) yang membiarkan adat dan pengenalan tempatan kekal, terutamanya yang terletak di sempadan empire.Kerajaan Funan dikatakan kuat dipengaruhi oleh kebudayaan India, dan menggunakan rakyat India untuk pemerintahan negara. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa istana, dan Funan menyokong agama Hindu dan selepas abad ke 5, doktrin agama Buddha. Rekod menunjukkan cukai dibayar dalam bentuk perak, emas, mutiara, dan gaharu. K'ang T'ai melaporkan bahawa Funan mengamalkan perhambaan dan sistem perhakiman dilaksanakan melalui perbicaraan melalui ujian (trial by ordeal), termasuk kaedah seperti memegang besi panas, dan mengambil cincin emas dan telur dalam air mendidih.Laporan K'ang T'ai mengenai kebudayaan Funan tidak memberangsangkan, walaupun rekod istana Cina menunjukkan bahawa sekumpulan pemuzik Funan melawat Cina pada tahun 263 C.E. Maharaja Cina begitu kagum sehinggakan dia menitahkan pembinaan institut muzik Funan di Nanjing. Funan juga dilaporkan mempunyai himpunan buku dan arkib yang meluas di seluruh negara, menunjukkan peratusan mereka yang terpelajar agak tinggi pada masa itu.

Sejarah Awal Asia Tenggara

Tentang kerajaan agraria dan maritim

Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.

Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai kerana ia utamanya berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.

Lokasi
Kerajaan Agraria: lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.
Kerajaan Maritim: Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.

Aktiviti masyarakat Agraria:
Mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi, dan keladi.

Aktiviti masyarakat Maritim:
Mereka membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, ganaru, cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan mereka mengamalkan sistem entrepot.